Assalam,
Berkatalah kepada kebenaran walaupun ia menyakitkan. Kadang-kadang kita hendak menegur tetapi takut pula kalau kawan kita itu terasa atau marah.
Atau nak menegur tetapi diri sendiri pun tidak sempurna. Kalau itu membawa kebaikan teruskan kerana bimbang itu hanya bisikan syaitan ingin menggagal akan perbuatan yang baik.
Kalau kamu kawan yang baik pasti kamu memberi teguran walaupun sukar kawan kamu itu menerima.
Kalau orang yang ditegur pula kalau dia kawan yang baik pasti dia menerima kerana dia tahu kawan dia itu sayang padanya sebab itu dia menegur..
Kalau kamu kawan yang baik pasti kamu tidak menegur silapnya di hadapan orang lain bimbang mengaibkan dia..
Kalau kamu hendak menegur pastikan kamu mengenali siapa yang ditegur, kerana lain orang lain cara tegurannya..
Berkata jujur itu barang kali akan mengurangkan kawan, tetapi di situ pasti kita akan berjumpa sahabat !
Bila nampak orang nak buat kebaikan sebagai contoh nak berubah pakai tudung labuh, berpurdah, berstokin.. Tolong support bukan hanya tahu mengkritik komen negatif !
At least dia berani dan hebat untuk berubah pakai macam tu dari orang yang suka sangat mencari salah orang..
Ya Allah, beri kami kekuatan jika kami lemah. Betulkan kami jika kami tersilap. Bersahabat kerana Allah..
No comments:
Post a Comment