Sudoku dikatakan berasal dari Jepun. Walau bagaimanapun
orang Eropah mendakwa permainan ini diperkenalkan di Eropah pada zaman
penjajahan dan ditiru oleh Jepun.
Dalam hal ini, terdapat suatu teori yang lebih sahih iaitu
permainan sudoku atau assuduk berasal daripada Bahasa Arab. Perkataan ini
berasal daripada gabungan sin, dal, kaf yang membawa makna susun.
Dalam permainan sudoku, seseorang itu dikehendaki menyusun
angka 1 hingga 9 dalam 81 petak yang disediakan. Dalam permainan ini, setiap
angka 1,2,3,4,5,6,7,8 dan 9 mesti ada dalam setiap baris sama ada menegak atau
melintang.
Sehubungan itu, kesemua angka 1 hingga 9 mesti ada dalam
setiap 9 baris menegak dan 9 baris melintang. Seterusnya kesembilan angka
tersebut juga mesti ada bagi setiap 9 petak (3x3).
Dengan kata lain, dalam permainan sudoku terdapat 27 susunan angka yang terdiri daripada angka 1 hingga 9 dalam bentuk menegak, melintang dan dalam setiap petak (3 x 3). Setiap angka dalam sesuatu baris tidak dibenarkan berulang. Begitu juga dalam setiap petak (3 x 3)

Utusan Malaysia, 2008
Sudoku menajamkan minda_Kosmo |
Pastikan tiada berulang angka 1 hingga 9 dalam baris menegak |
Setiap kotak iaitu area yang di 'bold' juga terdapat angka 1 hingga 9 tanpa ada pengulangan angka tersebut |
Selesai sudah bermain Sudoku pasti puas ! Haha.. |
Kebiasaannya saya akan bermain permainan ini bila ada masa terluang dan ia sangat mencabar minda untuk berfikir dan teliti..
SELAMAT MENCUBA !
No comments:
Post a Comment