Friday, 1 November 2013

LIMAU MADU

Abah seorang yang suka berbakti pada tanah. Dia pesan pada saya banyak manfaatnya kalau kita bercucuk tanam.. 

Bukan setakat boleh menjadi makanan pada kita sendiri malah turut boleh berkongsi pada orang lain. Bukan hanya boleh berkongsi dengan orang malah dengan haiwan juga seperti burung.. 

Masa kami kecil, abah sudah mula bertanam pokok limau madu yang kini pokoknya mungkin sudah berusia 10 tahun. Pengalaman abah dalam pertanian menjadikan abah guru kepada saya :)


Abah memberi penerangan kepada Pegawai Jabatan Pertanian
Pegawai Jabatan Pertanian melawat tapak Projek Limau Madu
Projek Limau Madu di Taman Tasik Ria, Kundang Patah Raub..
Pokok Limau Madu memerlukan penjagaan rapi seperti 'pruning' dahan..
Ladang Limau Madu
Hasilnya bila tiba musim Limau Madu
Melakukan pengkelasan Gred Limau Madu mengikut saiz..
Pembelian secara terus dari Ladang..
Alhamdulillah, inilah hasilnya berbakti pada tanah.. Congrat Abah !


No comments:

Post a Comment