Thursday, 17 October 2013

Bersahabat kerana Allah ?

Assalamualaikum.

Buatmu TEMAN ,

Disini aku meluahkan rasa,
Aku menyayangi kamu semua kerana Allah,

Terima kasih menegur kesilapanku,
Terima kasih menjadi  kekuatanku,
Terima kasih sudi mendengar keluhanku,
Terima kasih kerana memahamiku,
Terima kasih kerana membantuku,
Terima kasih menyambut hari lahirku,
Terima kasih membaling phone menyedarkan aku,
Terima kasih memujukku,
Terima kasih menyanyi lagu untukku,
Terima kasih bermain gitar untukku, 
Terima kasih menjaga perbatasan antara kita yang bukan mahram,
Terima kasih kerana menghormati pendirian aku.

TEMAN ,

Kebahagiaan kamu semua,
Kebahagiaan aku,
Walau sejauh mana kamu pergi,
Doaku pasti mengiringi perjalanmu..

TEMAN ,

Khabarkan padaku keadaan mu,
Adakah keadaan kamu baik ?
Kalau tiada jawapan darimu tidak apa,
Aku pasti cuba mambantu semampuku,
Selagi aku masih bernafas..

TEMAN ,

Hiduplah kamu mencari reda Allah,
Kebahagiaan hadir bila kita dekat dengan Allah,
Aku pun sedang memperbaiki diri,
Aku tidak sempurna,
Tapi aku beruntung punya  teman seperti kamu semua,
Anugerah Allah tidak ternilai..

Cukup lah selama kita mengenali untuk kita menilai adakah kita SAHABAT SEJATI ?

TEMAN ,

Sahabat sejati sukar dicari itu kata Imam Ghazali,
Jangan mencari sahabat sejati tapi jadilah sahabat sejati.
Ampuni aku teman hanya insan biasa yang berdosa.

Maafkanku menuduh kamu berdusta,
Maafkanku menyakiti hati kamu,
Maafkanku tidak menepati janji,
Maafkanku atas teguranku buatmu terluka,
Maafkanku kadang tidak mampu menegurmu.

Aku mengatakan aku meyanyagi kamu kerana Allah,
Tetapi kadang kala salahmu buat lidahku kaku menutur bicara,
Teguranku kadang kala buat kamu memarahi aku,
Tapi tidak apa sekurangnya walau aku kamu jauhi,
Tapi org lain menyayangi kamu.

Besar ujiannya letak cinta sahabat kerana Allah,
Aku bukan sahabat yang baik,
Maafkan kalau terpaksa aku menjauhi,
Kerana aku tidak mahu ada hati yang disakiti,
Kamu tidak akan faham,
Kerana tidak semua perlu aku cerita..

Tapi cukuplah kamu tahu aku bahagia kalau kamu semua bahagia !

Dan akhir kata kalau kamu mendengar orang menyebut nama seakan aku,
Kamu terasa sakit di hati,
Aku doakan kita tidak akan pernah lagi berjumpa,
Kerana kehadiran aku bukan untuk menyakiti hati insan,
Cukup sudah pengalaman mengajar aku,
Aku tidak akan menoleh lagi ke belakang,
Kerana perjalananku di hadapan masih panjang.

Mungkin ini ujiannya bila letakkan menyayangi sahabat  kerana Allah ?
Rasa hati aku hanya Allah yang tahu..

All about FRIENDSHIP..





No comments:

Post a Comment