Saya nak sambung cerita semalam, cerita pasal budak HISTERIA !
Bila ada budak histeria kecoh seluruh hostel. Mana tidaknya menjerit lepas tu meracau tidak sedarkan diri pun ada. Disebabkan selalu ada bila orang histeria, saya selalu dipanggil junior.. Haha.. Yelah masa tu SENIOR lah katakan.
Bukanlah saya orang berani tetapi sebenarnya saya juga seorang PENAKUT. Hahaha.. itu realitinya. Penah satu malam saya tidur dikatil saya bahagian bawah sebab katil tu 2 tingkat. saya rasa badan mula rasa berat, dan entah mengapa pula malas sangat nak baca doa. Dalam hati cakap biar jelah..
Lepas tu, padan muka saya sebab saya rasa ada benda macam angin masuk ke dalam badan. Terlintas dekat fikiran 'ah sudahlah dah kena dah ni' mulut saya baca doa nabi yunus sebab doa tu pendek lebih mudah bila dalam keadaan terdesak.
'sesuatu' yang pelik yang meresap ke dalam badan sudah sampai di kepala. Dengan rasa marah tapi sebenarnya takut juga, saya ulang baca doa itu mungkin dalam 7 kali, saya tidak ingat. benda tu masuk ikut kaki, dan keluar juga ikut kaki. Apa benda saya tidak tahu.. scary sangat.. Haha
Saya terus bangun pergi kat kawan saya yang sukar tidur malam, dia tengah baca buku, pelik tengok dia rajin sangat. Dia tanya ' kau ni kenapa ? saya cakap takde apa saje je nak duduk kat kau.. padahal saya takut.. Haha, kelakar bila ingat balik..
Penah 1 hari kita orang buat 'rowcall' atau senang faham perjumpaan bilik. saya memang jenis suka memendam perasaan, yelah tak akan semua benda kita nak luah kan.. Haha
Semua ahli bilik luah rasa hati masing-masing, tiba masa saya tidak boleh nak cakap sebab sebak sangat rasa hati. Lepas tu apa lagi menangis lah. Yang pelik sangat kawan saya yang susah sangat nak menangis, saya tidak pernah tengok dia menangis. Dia menangis sebab tengok saya menangis.. Pelik ! Haha..
Saya tanya ' kau apasal menangis ? ' Dia cakap sebab kau lah menangis.. terkejut saya sebab ada kawan macam tu. Apapun moga persahabatan berkekalan..
Berbalik pada cerita asal, pasal budak HISTERIA ..
Penah saya lihat seorang junior berkelakuan pelik berjalan seperti orang tua. Bukan sekali dia kena, tapi banyak kali ! saya tanya dia macam mana dia boleh kena.
Dia kata ada lembaga hitam datang semakin dekat dengan dia dan terus dia tidak sedarkan diri, tidak tahu sejauh mana kebenarannya..
Pesanan saya pada dia supaya baca doa nabi yunus seperti yang saya cerita sebelum ini..
Dengan izin Allah bila dibaca doa itu pada hari lainnya, dia tidak mudah terkena cuma dia tidak dapat mengawal hanya di bahagian kaki. Dia masih lemah semangat tapi tidak selemah dahulu. Alhamdulillah.
Pada pengalaman saya, bila kita rasa lemah semangat sebab takut tengok budak histeria. Tindakan yang perlu dilakukan ialah :
* Jauhi dari orang HISTERIA.. sudah tahu takut jangan lah dekat..
* Jangan menangis, biasanya ada yang menangis terkena sekali..
* Kalau takut, buat selamba je macam orang berani..
* Bacalah Al-quran jangan duduk sahaja..
Hal ini kerana mungkin syaitan, iblis, jin tidak boleh baca hati kita. Kalau kita menangis dah tentu lah kita takut kan ? Lepas tu sementara menunggu ustaz sampai, makin berjangkit pula budak kena histeria. Apa pun semua ujian ini datang dengan izin Allah.
Jangan biarkan hidup anda diselubungi MISTERI .. Sekian.
No comments:
Post a Comment