Sunday, 20 October 2013

Kesedihan Hati !

Assalam,

Rasa kesedihan itu biasa bagi manusia macam kita. Tetapi macam mana kita melaluinya setiap kali perasaan itu datang. Setiap orang pasti ada cara tersendiri. Adakah cara itu membantu atau makin jadi runsing or stress..!


Kenapa rasa kesedihan itu hadir malah kadang-kadang tanpa sebab untuk kita sedih ? Lama saya mencari jawapan.. Bukan saya je yang sedih, orang lain pun sama juga ada kesedihan mereka sendiri. Kita sangat beruntung beragama Islam, kita tidak rasa bersendirian. Allah sentiasa ada mohon padanya :)


Saya tanya ustaz, kenapa kita rasa sedih kadang-kadang tidak tahu sebab yang mana ? Ustaz pesan sentiasa berdoa, jangan putus asa, Dia Maha Pemberi, Ketenangan datang dari-Nya. kesedihan datang dari-Nya supaya ingat pada-Nya, menangis saya dengar.. DIBERI SEDIH SUPAYA KITA INGAT ALLAH..! Bila menulis ni pun saya rasa nak menangis.. Huhu..


Saya rasa tiada yang faham kalau cerita pada orang.. Kalau cerita pada orang pun mesti menangis, jadi lebih baik diam dan pendam. Inilah saya yang suka memendam perasaan. Haha.Yelah buat apa nak tunjuk yang kita sedih pada orang kan ? Buat seolah tiada masalah dalam hati tuhan sahaja yang tahu.. 


Hati sendiri kadang memujuk diri sendiri, mungkin ini ujiannya hidup di dunia dan mungkin tidak lama lagi akan berakhir kesedihan ini ( takut pula teringat kematian ). Seolah ada sesuatu yang tidak terlepas dari dalam hati, apa dia saya pun tidak tahu..


Kadang-kadang kawan berkongsi masalah mereka seolah saya orang yang mereka percaya mungkin.. Saya tanya ustaz lagi, 'ustaz, kalau orang cerita masalah pada kita, macam mana ?' Padahal saya bukan orang yang baik ustaz.. Ustaz text massage, ' tugas awak kongsi dan selesaikan..' 


Kawan saya pernah cakap ' kau kuat katy tiada masalah' katanya.. Pada pandangan mata dia seperti tiada masalahku, memang pelik dari sudut apa yang dia pandang tetapi tidak mengapa mungkin kerana dia mengenaliku biasa-biasa sahaja. Apa pun berkongsi masalah menjadikan diri semakin matang.. Peace yo ! Haha.. 




Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

Ingatlah bahwa di dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasad. Jika ia rosak, maka rosak pula seluruh jasad. Ketahuilah bahwa ia adalah hati (jantung)” 
(HR. Bukhari dan Muslim )

Kata Imam Ghazali :



'Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca AL-QURAN. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan SOLAT. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur MENGINGATI MATI. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta HATI yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!'


No comments:

Post a Comment