Masa kecil-kecil dulu bila orang nak jadi Doktor, saya pun nak jadi Doktor. Bila cikgu tanya cita-cita, tidak tahu nak jadi apa cuma ikut kawan apa yang mereka nak jadi bila besar nanti. Biasalah budak-budak lagi :)
Masa sekolah menengah pula di SMK Tengku Kudin Raub, cita-cita saya bertukar dari nak jadi Doktor kepada Penceramah Motivasi. Kali ini bukan sebab ikut kawan tapi minat kepada motivasi yang disampaikan penceramah motivasi Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah bin Kamsah. Haha..
Meneruskan pengajian ke UiTM Perak dalam bidang Senibina Landskap cukup mematangkan diri malah saya lebih tahu hala tuju saya. Terima kasih kepada pensyarah yang baik, bersungguh-sungguh sangat dalam mendidik..
Kini, cita-cita saya menjadi USAHAWAN yang dapat membekalkan benih semaian pokok secara banyak. Alhamdulillah.
Pokok Belimbing Buluh dan Belalai Gajah |
No comments:
Post a Comment