Sekejap masa berlalu, selama 3 tahun belajar di UiTM Perak tanpa disedari dan tidak lama lagi nak konvo dah.. Alhamdulillah. Berapa banyak duit yang telah digunakan untuk menamatkan pengajian sehingga semester Enam. Kejayaan memerlukan pengorbanan untuk menuntut ilmu..
Duit PTPTN tidak cukup untuk menampung 1 semester terutama bagi Diploma Senibina Landskap pada pengalaman saya lah. Haha.. Yelah duit itulah diguna untuk makan minum, pergi trip, beli buku, xirox board saiz A3, A1, AO yang boleh tahan juga harganya. Belum kira kena redo balik assignment.. semua nak guna duit..
Masa semester 1 dan 2 tidak sah kalau tidak menangis sebab kerja, tapi kebaikannya banyak. Menjadikan diri tabah bila datang kesusahan. Belajar untuk BERDIKARI ! Teliti dalam kerja, kreatif dan dapat mencari maklumat dengan betul, selain berani untuk berkomunikasi oleh kerana ada pembentangan board STUDIO..
Pengorbanan, kesusahan yang dilakukan sangat berbaloi apabila kita minat apa yang kita buat dan nampak hasilnya semakin baik.
Congrats on becoming a Graduate and make your dreams come TRUE ! |
AP 118 Diploma in Landscape Architecture |
No comments:
Post a Comment