Monday, 28 October 2013

Get Malaysian Business Online

Get Malaysian Business Online adalah inisiatif Kerajaan yang diumumkan dalam Bajet 2013 oleh Perdana Menteri bagi membantu 50,000 usahawan mikro terutamanya wanita untuk melonjakkan perniagaan atas talian. Geran RM1,000 akan diberikan kepada pemohon yang layak.

Permohonan dibuka bermula dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013 atau sehingga peruntukan RM50 juta telah dipenuhi. Masih sempat lagi memohon bagi yang layak .

Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di www.skmm.gov.my. Sekiranya pemohon tiada akses internet, permohonan boleh dilakukan di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang berdekatan.

Geran RM1,000 akan dimasukkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan atas nama usahawan/syarikat/perniagaan. 

Syarat-syarat permohonan:

  1. Warganegara Malaysia berumur 18-65 tahun dengan keutamaan kepada usahawan wanita. lelaki pun boleh mohon juga..
  2. Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat.
  3. Pendaftaran nama domain (.com.my/.my/.net.my/.edu.my/.org.my) dan laman sesawang yang aktif.
  4. Mempunyai langganan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau menjadi ahli berdaftar di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M).
  5. Akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan dan
  6. Keutamaan kepada usahawan mikro - jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 10 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun


Selamat berjaya kepada para usahawan di luar sana ! 

                                      Harap ia serba sedikit dapat membantu..                               

https://gmbo.skmm.gov.my/
   

No comments:

Post a Comment