HISTERIA bermaksud 'penyakit urat saraf yang terlihat pada letusan-letusan emosi yang tidak dapat dikawal, diserang, kegembiraan atau ketakutan yang tidak dapat di kawal.
Pengalaman tinggal di asrama SMK Tengku Kudin saya kongsikan..
Selama 3 tahun tinggal di asrama iaitu dalam Tingkatan 2, 4 dan 5. Tempoh 3 tahun sudah cukup banyak pengalaman bersama budak histeria. Kecoh budak menjerit kena histeria mungkin berpunca dari penghuni asrama yang mula bermain 'spirit of the coin'.
Masa di tingkatan 2 saya tidak tahu apa itu 'spirit of the coin' sehingga warden menjemput seorang mungkin tahu siapa yang mula bermain permainan yang pelik dan menyusahkan orang lain itu. kami semua berkumpul di dataran bilik. orang itu mengatakan permainan itu memerlukan duit dan papan yang ada abjad di atasnya.
Dia mahukan papan dan ingin tahu siapa yang memilikinya. Mana ada orang nak mengaku salah, kami semua disuruh ditutup mata dan mungkin ada yang mengaku mengangkat tangan.. Sebab kalau tidak diubati bimbang melarat pula.
Permainan ini HARAM kerana berkait dengan perbuatan syirik iaitu memanggil roh. Bukan seorang yang kena histeria tapi ramai, penah terjadi melebihi 10 orang.
Masa di tingkatan 5 masa itu saya jadi ketua bilik, semua pelajar diarah kembali ke bilik lebih awal dari kelas malam. Dengar cerita budak lelaki ada kena histeria. saya dengan seorang ahli bilik yang boleh dikatakan lemah semangat juga penah kena histeria bergegas balik.
Warden menyuruh kami baca surah yassin di bilik masing-masing, saya solat lah dulu sebelum baca yassin dan semasa solat seperti ada kelibat hitam melintas sewaktu sujud. Atau mungkin salah penglihatan saya.
Belum sempat habis solat bacaan yassin sudah dimulakan kerana kawan saya sama2 balik dari kelas tadi bersikap pelik malah ketawa pula. Tergesa-gesa bacaan yassin dibaca, kawan saya tu makin besar gelaknya.. scary doh.. Haha
Bacakan doa ini..
Doa di atas
ini doa nabi yunus ketika kesusahan berada dalam perut ikan. Boleh di amalkan
selalu, dan cuba bacakan bila ada orang histeria in syaa Allah sembuh dengan
izin Allah.
Ahli bilik yang BEST :) |
No comments:
Post a Comment