Sunday, 26 January 2014

KEKASIH VS MAHA PENGASIH_PU RAHMAT

Apa salah pada cinta ? Adakah islam mengharamkan CINTA ? 

Tidak salah pada percintaan , yang salah pada kemasiatan . .

Bercintalah kerana Allah , cintanya ke syurga . Jangan bercinta kerana nafsu semata , cinta menghumban ke neraka !

Tapi apakah hakikat cinta umat islam di Malaysia ? cinta kita cinta ke neraka . .

Sebulan , 2 500 anak luar nikah dilahirkan , sehari 84 bayi lahirkan tanpa sah taraf, setiap 18 minit 1 bayi dilahirkan kerana ZINA  .

Jika ini definisi CINTA , haramkan saja cinta itu . Jika benar ia CINTA mengapa ia ke neraka . Jika benar ia CINTA mengapa ia bergelumang dengan DOSA . Jika benar ia cinta mengapa kita jauh dari PENCIPTA ?

wahai anak bangsa , UMAT ISLAM MALAYSIA KEMBALILAH KEPADA FITRAH cinta yang sebenar . .

Berkata ulama, Jangan kamu mencintai mereka yang mampu meninggalkan Allah kerana mereka juga mampu meninggalkan kamu. Carilah cinta Allah sebelum kamu mencari jodoh, in syaa Allah kamu akan mempertemu jodoh kamu . .

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang . . 

Ya Allah, jika aku jatuh CINTA , cintakan aku pada orang mencintaimu agar bertambah cintaku pada mu . 

Ya Muhaimim , jika aku RINDU , rindukanlah aku pada hambamu yang rindukan syahid di jalanmu . 

Ya Allah , jika hambamu ini jatuh hati , jatuhkan hati ini pada orang yang menjaga hubungan denganmu Ya Allah supaya hati ini tidak MATI . 


PU Rahmat mendapat ke - 4 dalam Pencetus Ummah Duniaku Dakwahku !

SELAMAT PAGI CINTA :D


No comments:

Post a Comment