Assalamualaikum,
Kita orang Melayu kena bekerja keras untuk berjaya ! Hindari perasaan malas seterusnya terus beristiqamah dalam bekerja sebagai ibadah kerana Allah. Hentikan suka menyalahkan orang lain bila berlaku musibah atau kegagalan dalam apa jua bidang diceburi..
Setiap kali perkara negatif berlaku hentikan menyalahkan
orang yang melakukannya sebaliknya dosa apa kita telah lakukan hingga Allah
mengizinkan ia berlaku pada kita. Terus lihat dosa kita, taubat dan lakukan
perubahan.
Prof Dr. Muhaya
Bila dapat kejayaan jangan mudah lupa diri, setiap kejayaan diperoleh adalah kerana doa ibu bapa, saudara, sahabat dan orang lain. Rezeki itu bukan hanya harta benda, mungkin Allah beri jodoh yang baik, anak yang baik, jiran yang suka membantu, sahabat yang soleh / solehah, sahabat yang mampu menegur dan membetulkan kesalahan kita itu semua rezeki..
Kita perlu berusaha lebih untuk siapa ? sudah tentu bukan untuk diri sendiri sahaja. Jangan setkan minda suka hidup biasa-biasa sahaja janji lepas diri sendiri. Bukan pula hanya mengejar dunia lupa bekalan akhirat.. Orang yang senang ialah dia mampu membantu keluarga malah orang lain juga..
Rezeki yang berkat itu sedikitnya cukup, banyaknya pula boleh
dikongsi dengan orang lain..
Adakah orang kaya selalu merasa cukup? Belum tentu. Berapa banyak orang kaya namun masih merasa kekurangan. Hatinya tidak merasa puas
dengan rezeki apa yang diberi. Ia masih terus mencari-cari apa yang
belum ia raih..
Dari Abu
Hurairah, Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Kaya bukanlah diukur dengan banyaknya kemewahan dunia.
Namun kaya (ghina’) adalah hati yang selalu merasa cukup.”
(HR. Bukhari dan Muslim )
“ Harta yang menjadi milik kamu yang sebenar ialah harta yang kamu belanjakan
ke jalan Allah.”
( Sayidina Ali )
Semua nasihat di atas peringatan buat diri saya sendiri..
Ini cerita saya pula, proses pembangunan tapak semaian memerlukan kos yang tinggi. Dengan bantuan Jabatan Pertanian serta khidmat nasihat banyak membantu. Selain itu, abah yang lebih berpengalaman dalam pertanian selalu menjadi tempat rujukan saya. Selain kena buka semula buku masa belajar di UiTM Perak dulu. Haha..
Bukan sesuatu yang mudah, idea dikongsi antara saya dan abah untuk menjimatkan kos. Kita tengok hasilnya nanti. Kadang-kadang kerja seperti mengisi tray semaian saya lakukan bersama abah. Ada tray yang sudah diisi oleh saya, diisi semula oleh abah.. Haha
Jadi kekeliruan seperti itu perlu dielak di masa hadapan, pesan abah 'kerja mesti sistematik' iaitu lebih teratur..
Bukan senang macam dalam buku jadikan sesuatu itu real ! tapi minat mengatasi penat yang dirasa.. Moga dipercepatkan proses tapak semaian..
Bekerja di tempat panas, luka itu perkara biasa tapi cuba elakkan dengan menjaga keselamatan.. Abah sangat tinggi harapannya ingin berjaya menjadi usahawan begitu juga saya. Nasihat mak selalu memberi cadangan yang baik, mak juga tahu mana yang terbaik buat anaknya.
Kalau boleh adik beradik berjaya bersama boleh mak dan abah menunaikan haji.. Dan paling banyak berkorban ialah kak long yang lebih lama dia merasa kesusahan.. Ini lah cinta saya pada keluarga kerana Allah..
Kehidupan sekarang alhamdulillah tidak macam dulu. Kami pernah rasa kesusahan, pernah diperli, mak pernah menangis dengan pelbagai tuduhan sebab kami bukan orang senang. Bukan mudah membesarkan 6 orang anak..
Sekarang anak-anak mak semua berumur 20 tahun ke atas. Saya tidak akan biarkan orang buat mak menangis. Saya sayang mak dan abah ! Kami rasa erti kesusahan, tapi dalam kesusahan itu mengajar erti syukur alhamdulillah..
|
Tiang simen sudah di naik kan .. |
|
Tempat Pengerasan Tanaman |
|
Utamakan keselamatan ! |
|
Idea menjimatkan kos moga membuahkan hasil.. |
|
Kita tengok apa kesudahannya nanti, doakan saya.. Haha |
|
Hasil kerja saya sendiri, mementingkan kualiti ! |
|
Tapak semaian sementara |