Apabila terdengar lagu-lagu cinta berputar di radio, hati mula rasa sedih, gerak badan menjadi lemah. Aku tidak tahu mengapa. Kalau boleh elak memang aku x nak dengar lagu-lagu yang melemahkan jiwa dan raga ni.. Mungkin sebab aku mudah menjiwai sesuatu lirik pada lagu dan mudah pula diserap ke hati yang lemah iman ni..
Bila rasa sedih, aku lebih suka mendengar zikir terapi Hafiz Hamidun. Mendengar zikir memberikan ketenangan pada jiwa. Pernah sewaktu aku stress masa belajar di UiTM dulu, aku cuba tenangkan diri dengan mendengar lagu dan sekali menyanyi bagi menghibur hati. Tapi tidak pula hilang rasa resah di hati malah makin stress.
Dengan mengingati Allah hati akan tenang. Biarpun berseorangan bila kita ingat Allah kita tidak rasa kita keseorangan, malah lebih kuat menghadapi apa jua yang mendatang.
Apa yang kita selalu baca, dengar atau lihat akan mempengaruhi kehidupan kita. Aku memang suka berimaginasi tinggi , jadi apa yang haram dilihat aku lebih suka berpaling atau menunduk sahaja.. Sebabnya ianya akan terkesan pada hati. Nanti hati akan keras, mudah marah dan tidak terdidik akhlak.. Aku cakap macam ni bukan sebab aku baik. Atas perkongsian perasaan aku sendiri dan supaya aku lebih berhati-hati atas apa yang boleh mempengaruhi kehidupan aku :)
Aku nak jadi seperti burung yang bebas terbang :) |
No comments:
Post a Comment