Ya Allah, berikanku jodoh saat tiba masanya ..
Berikan pasangan tulang rusuk ku..
Kuat rasa hati mengatakan ada jodohku di dunia,
Tetapi kalau tiada perancanganmu lebih baik,
Aku reda ..
Ya allah, temukan jodohku saatku bersedia,
Memikul tanggungjawab bergelar isteri,
Menyayanginya keranamu Ya Allah.
Bersedia menjalankan tanggungjawab,
Menjaga kehormatan diri apabila ketiadaannya..
Menjadi ibu kepada warisnya nanti,
Menjadi guru kepada anaknya,
Setia di sampingnya,
Bersabar dalam susah senang bersamanya..
Menghiburkan saat kesedihannya,
Memberi senyuman kepadanya saat dia keletihan,
Berkongsi kesusahannya,
Sentiasa cantik dimatanya,
Mengawal cemburu apabila ia hadir,
Menjauhi prasangka buruk apabila ketiadaannya..
Berbakti kepadanya,
Juga menghormati orang tuanya,
Sehingga ke akhir hayat,
Apabila mata tertutup,
Sehingga semuanya akan menjadi penyaksian,
Di akhirat nanti..
Satukan hati kami,
Jika benar kami saling melengkapi,
Semua kerana Engkau ya allah.
Malu untuk aku mengungkapkan supaya jadikan cinta kami setia,
Seperti cinta Muhammad saw dan Siti Khadijah,
Isteri yang menenangkan,
Menbelanjakan harta ke jalan agama.
Isteri yang solehah..
Sedang aku wanita akhir zaman,
Banyak kekurangan diri,
Berikan jodoh yang menjadi pelengkap hidupku,
Jodoh yang telah Engkau tentukan..
Terima kasih Allah..
Kerana hadirkan rasa cinta kepada insan.
Moga saat kembali kepadamu ya Allah aku tersenyum :)
|
Cantik seperti Ros terpelihara dek durinya :) |
Jangan simpan seseorang dalam hati. Hati itu berbolak balik sifatnya.
Simpanlah seseorang dalam doa. Kerana Doa tercatat di langit selamanya..
Ustaz Haron Din