Begitu banyak tanggungjawab . Bekerja lepas tu hari cuti sibuk pula dengan projek yang masih dalam pembinaan dan kerja di rumah . yes kerja rumah pun sudah banyak yelah sekali 1 family . Biasalah perempuan kena buat kerja rumah lebih . Kadang-kadang penat sangat sebab cuti ada tanggungjawab lain menunggu .
Hampir 8 bulan bekerja terasa masa cepat berlalu . Badan semakin berisi ramai yang tegur kerana makan pun sudah tidak menentu . Makan terlebih kot sebab mungkin senang hati duduk dengan mak abah . in syaa Allah akan cuba jaga pemakanan semula . Diet seimbang itu penting elak penyakit terlebih makan :)
Buat mak , abah rasa sayang x dapat digambarkan untuk diluahkan kata-kata setia menjadi peneman . Dulu masa sekolah rendah , mak lah duduk sebelah masa buat kerja sekolah pernah sampai pukul 6 pagi tertido menunggu anak mu ini buat kerja sekolah sebab takut cikgu marah . . Err . .
sayang sangat mak abah ! maafkan anakmu ini kadang kala degil . tapi nasihat mak abah banyak mematangkan diri ini . marahmu menjadikan anak mu ini sedar dari mimpi . teguranmu menguatkan anak mu ini dalam menghadapi apa jua yang mendatang . Doa dari mak abah itu yang teristimewa .
Nah sekuntum Ros untuk yang tersayang :) |
No comments:
Post a Comment