Monday, 26 May 2014

Bertuah !

Syukur Alhamdulillah !

Buat pertama kali dalam hidup dapat cabutan bertuah lepas tu yang first pulak dipanggil untuk menerima hadiah . Terima kasih di atas jemputan para guru SK Sega .


Rasa suka sangat sebab tidak pernah terima cabutan bertuah . Tanpa mengharap apa-apa sebab sebelumnya pun tidak pernah dapat .


Itu lah cukup sekali dalam hidup penah merasa . Alhamdulillah :)



Seumur hidup sekali :)

Guruku Tersayang Guruku Tercinta_Lirik Lagu

Pagiku cerahku
matahari bersinar…
ku gendong tas merahku
di pundak…

Slamat pagi semua
ku nantikan dirimu
di depan kelasku 
menantikan kami..

Guruku tersayang
guru tercinta
tanpamu apa jadinya aku…

Tak bisa baca tulis
mengerti banyak hal..
guruku terima kasihku…

Nakalnya diriku kadang buatmu marah…
namun segala maaf kau berikan..

Guruku tersayang …
guru tercinta tanpamu apa jadinya aku…
tak bisa baca tulis mengerti banyak hal…
guruku terima kasihku…

* Khas buat guruku yang mulia yang pernah mengajarku di : 

Tadika Kemas Kampung Ria
SK Kundang Patah
SK Muhammad Jabar , Dong
SMK Tengku Kudin , Raub 
UiTM Seri Iskandar 
Terima kasih di atas didikan kamu guru ! Sayang cikgu kerana Allah :)

Monday, 12 May 2014

Kesayanganku kekuatanku !

Kesibukan dalam kerjaya menjadikan aku semakin blur tapi pengalaman itu paling berharga . Haha . 

Begitu banyak tanggungjawab . Bekerja lepas tu hari cuti sibuk pula dengan projek yang masih dalam pembinaan dan kerja di rumah . yes kerja rumah pun sudah banyak yelah sekali 1 family . Biasalah perempuan kena buat kerja rumah lebih . Kadang-kadang penat sangat sebab cuti ada tanggungjawab lain menunggu . 


Hampir 8 bulan bekerja terasa masa cepat berlalu . Badan semakin berisi ramai yang tegur kerana makan pun sudah tidak menentu . Makan terlebih kot sebab mungkin senang hati duduk dengan  mak abah . in syaa Allah akan cuba jaga pemakanan semula . Diet seimbang itu penting elak penyakit terlebih makan :)


Buat mak , abah rasa sayang x dapat digambarkan untuk diluahkan kata-kata setia menjadi peneman . Dulu masa sekolah rendah , mak lah duduk sebelah masa buat kerja sekolah pernah sampai pukul 6 pagi tertido menunggu anak mu ini buat kerja sekolah sebab takut cikgu marah . . Err . . 


sayang sangat mak abah ! maafkan anakmu ini kadang kala degil . tapi nasihat mak abah banyak mematangkan diri ini . marahmu menjadikan anak mu ini sedar dari mimpi . teguranmu menguatkan anak mu ini dalam menghadapi apa jua yang mendatang . Doa dari mak abah itu yang teristimewa .  




Nah sekuntum Ros untuk yang tersayang :)



Friday, 21 February 2014

Mutiara kata Ustaz Kazim Elias

Bukan semua orang boleh menerima kita kalau kisah lama kita diketahui .

Bukan semua orang sokong kita kalau kita nak buat kebaikan nak bangkit dari kesilapan .

Bukan semua orang yang bagi semangat untuk kita terus berjaya di masa depan yang ramai ialah yang meramalkan kegagalan..

Kalau ada yang sebaliknya, itulah dia rakan sejati.. Hubungan hati yang abadi...

A true relationship is when someone accept your past, supports your present, loves u and encourages your future !

Monday, 27 January 2014

SIFAT SAHABAT

Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.


Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.

Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.


JADILAH SAHABAT SEBELUM MENCARI SAHABAT :D

Sunday, 26 January 2014

IMPIAN_HARAPAN_LUAHAN

Bila menulis seolah aku sudah meluahkan perasaan kepada seorang teman . Berkongsi cerita, impian kepada yang tidak bernyawa . Haha . .
 sometime like i'm crazy . . 

but i think i'm CHAMPION ! seolah sekarang aku menulis perjalanan hidup aku , juga sedang merancang perjalanan hidup masa hadapan . Hamba yang hanya mampu merancang , yang menentukan Allah . . 

Aku rasa nak sangat pergi Mekah bawa mak dan abah , keluarga dan kawan-kawan yang tersayang. Mahu pergi dengan orang-orang yang aku sayang . Mungkin aku banyak bermimpi tapi itulah yang aku rasa . .

Dapat menjejakkan kaki di tanah suci Mekah bukan sesuatu yang mudah , beruntung sangat Allah menjemput kita sebagai tetamunya . .

Adakah aku salah seorang dari tetamu Allah ? 


KEKASIH VS MAHA PENGASIH_PU RAHMAT

Apa salah pada cinta ? Adakah islam mengharamkan CINTA ? 

Tidak salah pada percintaan , yang salah pada kemasiatan . .

Bercintalah kerana Allah , cintanya ke syurga . Jangan bercinta kerana nafsu semata , cinta menghumban ke neraka !

Tapi apakah hakikat cinta umat islam di Malaysia ? cinta kita cinta ke neraka . .

Sebulan , 2 500 anak luar nikah dilahirkan , sehari 84 bayi lahirkan tanpa sah taraf, setiap 18 minit 1 bayi dilahirkan kerana ZINA  .

Jika ini definisi CINTA , haramkan saja cinta itu . Jika benar ia CINTA mengapa ia ke neraka . Jika benar ia CINTA mengapa ia bergelumang dengan DOSA . Jika benar ia cinta mengapa kita jauh dari PENCIPTA ?

wahai anak bangsa , UMAT ISLAM MALAYSIA KEMBALILAH KEPADA FITRAH cinta yang sebenar . .

Berkata ulama, Jangan kamu mencintai mereka yang mampu meninggalkan Allah kerana mereka juga mampu meninggalkan kamu. Carilah cinta Allah sebelum kamu mencari jodoh, in syaa Allah kamu akan mempertemu jodoh kamu . .

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang . . 

Ya Allah, jika aku jatuh CINTA , cintakan aku pada orang mencintaimu agar bertambah cintaku pada mu . 

Ya Muhaimim , jika aku RINDU , rindukanlah aku pada hambamu yang rindukan syahid di jalanmu . 

Ya Allah , jika hambamu ini jatuh hati , jatuhkan hati ini pada orang yang menjaga hubungan denganmu Ya Allah supaya hati ini tidak MATI . 


PU Rahmat mendapat ke - 4 dalam Pencetus Ummah Duniaku Dakwahku !

SELAMAT PAGI CINTA :D


Monday, 20 January 2014

Layan Movie Ayat- ayat CINTA & Ketika CINTA Bertasbih

Dalam banyak-banyak movie cinta , aku suka tengok dua movie ni . Ada pengajaran dan paling penting minarik minat aku untuk tengok . Jom layan . . 



Sinopsis Ayat-ayat Cinta

Fahri bin Abdillah (Fedi Nuril) adalah pelajar Indonesia yang berusaha menggapai gelar masternya di Al Azhar. Hanya sedikit perempuan yang dekat dengan Fahri, salah satunya Maria Girgis (Carissa Putri). Maria adalah tetangga satu flat dengan Fahri yang beragama Kristen Koptik tapi mengagumi Al Quran dan mencintai Fahri.

Lalu ada Nurul (Melanie Putria). Anak seorang kyai terkenal yang juga belajar di Al Azhar. Selain itu ada Noura (Zaskia Adya Mecca). Juga tetangga Fahri yang selalu disiksa ayahnya sendiri. Fahri bersimpati pada Noura dan ingin menolongnya. Kemudian, Fahri difitnah. 

Terakhir muncullah Aisha (Rianti Cartwright). Sejak kejadian di kendaraan umum, Aisha jatuh cinta pada Fahri. Aisha yang lebih agresif ternyata bisa mendapatkan Fahri sebagai suami.



Sinopsis Ketika Cinta Bertasbih 

Filem yang menceritakan kehidupan tokoh utamanya Khairul Azzam, seorang mahasiswa Indonesia yang sedang menuntut ilmu di Al-Azhar University, Kairo. 

Cerita yang boleh menjadi inspirasi bagi kita, ketika melihat bagaimana kerja keras sang tokoh yang menuntut ilmu sekaligus berjuang menbantu ibu dan adik-adiknya di kampung. 

Cerita yang juga boleh mendorong kita, ketika melihat usaha dan perjuangan Khairul Azzam dalam menemukan jodohnya dengan tetap selalu teguh berpedoman kepada ajaran agama .


Sunday, 19 January 2014

Masalah

Manusia akhir zaman mana tiada masalah , masing-masing ada masalah tersendiri . Aku percaya setiap masalah kita mampu menanggungnya . Sebab Allah tidak akan menguji hambanya melainkan kita mampu menanggungnya .

Bila masalah datang , aku selalu mengharap ada org yang membantu . ada tempat aku mengadu , ada kawan tempat aku meluah rasa . . Tapi kadang kala aku hanya bermimpi seorang teman datang mendampingi menjadi kekuatan . 

Ternyata aku silap mengharap pada manusia memang aku akan kecewa . Pengharapan setingginya sepatutnya pada Allah . Allah yang pegang hati manusia . 

Semakin aku mengharap semakin aku hilang punca, semakin aku buntu . Di sini rupanya aku menjumpai kekuatan sehingga menenangkan jiwa yang resah . 

Aku faham bila org dilanda masalah mencari tempat mengadu , sakit sebenarnya bila dipendam perasaan itu pernah aku rasa . sebab aku pun merasainya , percayalah penyelesaian sebenar datang dari Allah .  

Jangan buat sesuatu yang bodoh bila stress sangat seolah-olah kita tiada kepercayaan pada tuhan . Semua ujian diberi pasti ada hikmah tersendiri . Apabila datang masalah , kembali kepada asal kita pada agama disitu ada penyelesaian . 

Mungkin apa yang berlaku pada kita adalah disebabkan dosa-dosa kita dahulu . . Jangan cepat marah , bersabarlah . . walaupun sakit di hati tercalar , aku anggap itu sebagai pengorbanan dalam hidup . 

Semakin aku pendam perasaan sedih, marah sebenarnya satu impak terkesan pada hati menjadi tabah . Matang dalam tindakan , tidak cepat marah , boleh kuasai emosi sendiri . Sampai satu tahap lidah jadi kelu untuk berkata sebelum berfikir . 

Persekitaran sebenarnya memberi impak besar pada kita, juga menentukan siapa kita esok hari . Kawan kita juga ialah cermin kita . Moga kita selalu berada persekitaran di yang membawa kita kepada kebaikan .
Lagu apa yang kita dengar , apa yang kita lihat, rancangan apa yang selalu kita tengok . . mendidik hati malalui liku-liku kehidupan yang mencabar :) 

Lagu di bawah ini , membuatkan diri termotivasi . . 

KEHIDUPAN_IN-TEAM

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan . .

Bunga Ros PINK cantik kan :D i love it !